Rabu, 29 Ogos 2012

Cara meminta sebutharga & tempahan

Berikut ialah cara membuat temujanji yang betul untuk tempahan dari jurugambar. 

1- Berikan maklumat mengenai diri dan pasangan anda. Ini memudahkan jurugambar mengenali permohonan pelanggan dengan lebih cepat. 

2- Berikan tarikh dan hari majlis yang muktamad. Adalah susah untuk jurugambar membuat penjadualan yang mungkin bertindan dengan aktiviti lain, jadi pastikan tarikh telahpun ditentukan secara muktamad

3- Maklumat untuk dihubungi seperti no telefon yang betul, emel atau Instant Messenger yang AKTIF. Elakkan memberi no telefon pejabat, kawan terdekat, emel yg kurang dijenguk yang boleh melambat proses & keputusan.

4- Sebutkan berapa rumah atau majlis, ramai yang salah faham pakej perkahwinan merangkumi 2 buat rumah lelaki & perempuan. Biasanya 1 pakej untuk satu rumah, walaubagaimanapun kami boleh membuat 2 lokasi dengan harga & tema album yg menarik.

5- Lokasi perkahwinan mestilah jelas, sebutkan nama kampung, taman, lorong jalan yg tang betul. Jika ada bangunan atau lokasi "landmark" penting (cthnya berdekatan Carrefour/ Tesco Ampang ). Jika ada salinan softcopy peta boleh emelkan juga.

6- Pakej termurah kami menyediakan Album sticky, untuk menggunakan album jenis anda boleh memilih pakej yg lain. Klik sini untuk melihat alternatif album lain yang mungkin menyinggung poket anda


Kami juga menyediakan sessi fotografi bagi majlis pertunangan, akikah kenduri bercukur, kendara khatan pun boleh, :)


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. lihat sini,

      http://fotokamibest.blogspot.com/2012/08/khidmat-fotografi-perkahwinan-murah-dan.html

      Padam