Rabu, 29 Ogos 2012

Cara meminta sebutharga & tempahan

Berikut ialah cara membuat temujanji yang betul untuk tempahan dari jurugambar. 

1- Berikan maklumat mengenai diri dan pasangan anda. Ini memudahkan jurugambar mengenali permohonan pelanggan dengan lebih cepat. 

2- Berikan tarikh dan hari majlis yang muktamad. Adalah susah untuk jurugambar membuat penjadualan yang mungkin bertindan dengan aktiviti lain, jadi pastikan tarikh telahpun ditentukan secara muktamad

3- Maklumat untuk dihubungi seperti no telefon yang betul, emel atau Instant Messenger yang AKTIF. Elakkan memberi no telefon pejabat, kawan terdekat, emel yg kurang dijenguk yang boleh melambat proses & keputusan.

4- Sebutkan berapa rumah atau majlis, ramai yang salah faham pakej perkahwinan merangkumi 2 buat rumah lelaki & perempuan. Biasanya 1 pakej untuk satu rumah, walaubagaimanapun kami boleh membuat 2 lokasi dengan harga & tema album yg menarik.

5- Lokasi perkahwinan mestilah jelas, sebutkan nama kampung, taman, lorong jalan yg tang betul. Jika ada bangunan atau lokasi "landmark" penting (cthnya berdekatan Carrefour/ Tesco Ampang ). Jika ada salinan softcopy peta boleh emelkan juga.

6- Pakej termurah kami menyediakan Album sticky, untuk menggunakan album jenis anda boleh memilih pakej yg lain. Klik sini untuk melihat alternatif album lain yang mungkin menyinggung poket anda


Kami juga menyediakan sessi fotografi bagi majlis pertunangan, akikah kenduri bercukur, kendara khatan pun boleh, :)


Fotokamibest masuk kahwinmall

Alhamdulillah kami berjaya memasukkan iklan di kahwinmall.com :-)




klik sini untuk maklumat lanjut

Jumaat, 17 Ogos 2012

Peranan Kolaj sebagai foto album

Kolaj album perkahwinan berbeza dengan kolaj yang di pelajari semasa pendidikan seni sekolah rendah. 
Menurut chekguisza dari blognya kolaj ialah potongan objek kecil menjadi suatu objek yang baru.

ini ialah kolaj potongan kertas

ini pulak kolaj potongan kertas warna

Walaubagaimanapun, dalam pembikinan album fotografi pula , kolaj ialah blok gambar yang disusun mengikut tema /citarasa atau disusun secara bertema atau rawak/random pada halaman album. Berikut adalah contoh kolaj kami yang di proses bagi pembikinan "Custom album".




contoh gambar oleh alangmedia@gmail.com

Sususan blok gambar biasa nya mempunyai tema atau jalan cerita majlis. Album ini lebih menarik berbanding "Sticky Album" kerana ia dicetak terus ke atas kertas yang tahan lama & disalut dengan lapisan perlidungan gambar berkualiti.

Bagi yang berminat untuk membuat "Custom Album" semula atau ingin menggunakan gambar2 lama (mungkin semasa tu anda tidak ada bajet utk membuatnya) bolehlah menghubungi kami untuk dibuatkan semula bagi kenang2an seisi keluarga



carian rujukan kolaj
http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html

Rabu, 8 Ogos 2012

Jenis album perkahwinan

Ada macam-macam jenis album yang dipilih sebagai koleksi penting gerbang perkahwinan. Berikut ada 5 jenis pilihan album yang paling banyak mendapat sambutan. 

Album Sticky
Berkulit keras atau leather penuh, biasanya kulit sintetik, dalamnya mempunyai ruang gambar foto yang disusun rapi. Ia dipanggil sticky kerana permukaan disebalik "transparent filter" adalah melekit. Gambar yng disusun melekat sendiri dan filter ini akan melindungi gambar dari rosak
 
contoh album sticky dari albumgambar.com


Khidmat fotografi perkahwinan murah dan berpatutan

Sila rujuk pada laman pakej dan promosi terkini