Rabu, 8 Ogos 2012

Jenis album perkahwinan

Ada macam-macam jenis album yang dipilih sebagai koleksi penting gerbang perkahwinan. Berikut ada 5 jenis pilihan album yang paling banyak mendapat sambutan. 

Album Sticky
Berkulit keras atau leather penuh, biasanya kulit sintetik, dalamnya mempunyai ruang gambar foto yang disusun rapi. Ia dipanggil sticky kerana permukaan disebalik "transparent filter" adalah melekit. Gambar yng disusun melekat sendiri dan filter ini akan melindungi gambar dari rosak
 
contoh album sticky dari albumgambar.com



Album sticky mockup
Sama seperti sticky album cuma kulit depan mempunyai ruang gambar personal yang diinginkan, contohnya gambar pasangan pada kulit depan album



contoh album sticky mockup dari albumgambar.com

Album Majalah
Nama lain disebut Photobook. Album ni mirip majalah warna pernuh, penuh dengan gambar dengan sedikit editing tulisan. Berkulit keras dengan susunan grafik pada kulit depan dan belakang. Halaman dalamnya berkulit nipis tetapi gred yang sangat bermutu. Cetakan terus keatas kertas jenis "matte", tidak silau dan sejuk mata memandang.



Contoh Album Majalah atau Photobook dari albumgambar.com



Album Custom 
Ada yang panggil "coffee table book". Album ni ialah tempahan khas dengan editing gambar yang disusun kemas dan terus dicetak diatas permukaan buku. Kelebihan custom album halaman yang dibuka seolah bersambung seperti membentuk pemandangan panorama yg menarik. Kulit dan setiap halaman agak tebal. Bucu halaman /mukasurat dilindungi supaya kandungan tidak berlipat dan cantik. 



contoh album custom dari albumgambar.com



Album UV
Konsep album ni lebih kurang dengan Custom Album. Mempunyai cetakan terus dengan foto yang tersusun.
Apa yang membezakan ialah pilihan kulitnya yang boleh didapati dalam bentuk kristal, kulit atau kayu. Ia amat cantik dan sangat bergaya jika anda mempunyai duit lebih :-)





contoh Album UV dari albumgambar.com


Walaubagaimanapun memilih album biarlah berbaloi kerana album inilah akan disimpan sehingga  akhir hayat. 

0 ulasan:

Catat Ulasan