Tempahan berikut dari majlis Khairul dan Mahani yg berlangsung pada 2010 yg lalu. Sebelum ini beliau tidak berpeluang untuk membuat tempahan custom album berikutan perbelanjaan perkahwinan yg terhad. Dengan gambar softcopy yg masih disimpan kami telah mengabadikan kenangan dalam bentuk custom album.
Rabu, 2 April 2014
Khamis, 13 Februari 2014
Sepintas lalu - Januari 2014
Majlis persandingan Toha & Nadha . Pakej yg dipilih ialah Pakej A - Sticky Album. Sticky album mengandungi 64 keping gambar bersaiz 4R, Bagi 4 keping bersaiz 8R , dalam pakej ini empat gambar besar ini melalui proses suntingan kosmetik pada bahagian muka pasangan.
Selasa, 24 Disember 2013
Santai - Putrajaya Fashion Festival oleh The Garment
Acara ni dilangsungkan di Putrajaya pada November 2013. Kami kongsikan sesi santai fesyen yg menarik dengan subjek oleh model terkenal "Wak Doyok" dari jenama The Garment. Untuk makluman fesyen anda boleh lawati di Facebook The Gatment Malaysia. Kamera yg digunakan ialah Sony A57 dengan lensa Minolta 100-300mm yg juga digunakan oleh fotografer Yus.
Dia ni la "Wak Doyok"
Rabu, 20 November 2013
Fotografi - Konvo OUM Award
Bulan lepas fotografer Yus telah berkhidmat bagi En Fazally bagi majlis konvokesyen OUM. Saya kongsikan gambar yg menarik buat pelanggan yg berminat. Model kamera digunakan ialah Sony A57 dgn lensa Nikon 28-50mm. Bagi yg berminat boleh rujuk maklumat kami yg ada di halaman ini
Isnin, 18 November 2013
Santai - Konsert Journey Of Nur
Sempena pameran Festival Kesenian Islam atau PIACUFF di Putrajaya, saya sempat mengambil gambar buat kenangan, kamera yg digunakan ialah Nikon D90 dengan lensa Nikon 28-105mm, ni pertama kali pegang model ni rasa teruja, kamera pun pinjam je, rasa berkenan juga dengan model ni. Artis jemputan memang terbaik, konsert dengan orkestra langsung gitu. Cuma tak sempat nak ambil gambar In Team
Jumaat, 1 November 2013
Santai - Putrajaya Fireworks
Pada festival bungapi Putrajaya yg lalu, kami sempat berlatih mengambil foto bunga api malam, hasilnya
Rabu, 29 Ogos 2012
Cara meminta sebutharga & tempahan
Berikut ialah cara membuat temujanji yang betul untuk tempahan dari jurugambar.
1- Berikan maklumat mengenai diri dan pasangan anda. Ini memudahkan jurugambar mengenali permohonan pelanggan dengan lebih cepat.
2- Berikan tarikh dan hari majlis yang muktamad. Adalah susah untuk jurugambar membuat penjadualan yang mungkin bertindan dengan aktiviti lain, jadi pastikan tarikh telahpun ditentukan secara muktamad
3- Maklumat untuk dihubungi seperti no telefon yang betul, emel atau Instant Messenger yang AKTIF. Elakkan memberi no telefon pejabat, kawan terdekat, emel yg kurang dijenguk yang boleh melambat proses & keputusan.
4- Sebutkan berapa rumah atau majlis, ramai yang salah faham pakej perkahwinan merangkumi 2 buat rumah lelaki & perempuan. Biasanya 1 pakej untuk satu rumah, walaubagaimanapun kami boleh membuat 2 lokasi dengan harga & tema album yg menarik.
5- Lokasi perkahwinan mestilah jelas, sebutkan nama kampung, taman, lorong jalan yg tang betul. Jika ada bangunan atau lokasi "landmark" penting (cthnya berdekatan Carrefour/ Tesco Ampang ). Jika ada salinan softcopy peta boleh emelkan juga.
Kami juga menyediakan sessi fotografi bagi majlis pertunangan, akikah kenduri bercukur, kendara khatan pun boleh, :)
Langgan:
Catatan (Atom)





