Berikut ialah cara membuat temujanji yang betul untuk tempahan dari jurugambar.
1- Berikan maklumat mengenai diri dan pasangan anda. Ini memudahkan jurugambar mengenali permohonan pelanggan dengan lebih cepat.
2- Berikan tarikh dan hari majlis yang muktamad. Adalah susah untuk jurugambar membuat penjadualan yang mungkin bertindan dengan aktiviti lain, jadi pastikan tarikh telahpun ditentukan secara muktamad
3- Maklumat untuk dihubungi seperti no telefon yang betul, emel atau Instant Messenger yang AKTIF. Elakkan memberi no telefon pejabat, kawan terdekat, emel yg kurang dijenguk yang boleh melambat proses & keputusan.
4- Sebutkan berapa rumah atau majlis, ramai yang salah faham pakej perkahwinan merangkumi 2 buat rumah lelaki & perempuan. Biasanya 1 pakej untuk satu rumah, walaubagaimanapun kami boleh membuat 2 lokasi dengan harga & tema album yg menarik.
5- Lokasi perkahwinan mestilah jelas, sebutkan nama kampung, taman, lorong jalan yg tang betul. Jika ada bangunan atau lokasi "landmark" penting (cthnya berdekatan Carrefour/ Tesco Ampang ). Jika ada salinan softcopy peta boleh emelkan juga.
Kami juga menyediakan sessi fotografi bagi majlis pertunangan, akikah kenduri bercukur, kendara khatan pun boleh, :)