Rabu, 10 September 2014

Pre-release Custom Album Zarol & Anis

Tidak lama lagi pelanggan kami Ezzarol & Anis akan menerima custom album yang masih dalam proses pencetakan, Untuk itu kami buatkan wallpaper secara percuma berdasarkan suntingan yang daripada custom album



Sabtu, 21 Jun 2014

Aktiviti 31 Mei 2014 - Majlis Zarul & Anis

Selepas mengambil bahangaian di sesi fotografi praperkahwinan Zarul & Anis,  Fotokamibest telah dijemput sebagai fotografer di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Berikut sedutan gambar yg akan digunakan untuk Custom Album. Kita ikuti contoh gambar berikut yang melalui proses prime editing dengan pembaikan kosmetik.


pasangan Zarul & Anis

Jumaat, 20 Jun 2014

Aktiviti 31 Mei 2014 - Majlis Hanif & Aisha

Susulan dari sesi fotografi praperkahwinan Hanif & Aisha,  Fotokamibest telah dijemput sebagai fotografer di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Berikut sedutan gambar yg akan digunakan untuk Custom Album. Kita ikuti contoh gambar berikut yang melalui proses prime editing dengan pembaikan kosmetik.

Pasangan Hanif & Aisha

Khamis, 19 Jun 2014

Aktiviti Mei 2014 - Contoh Custom Album jenis Acrylic

Contoh Custom Album jenis Acrylic 

Album ini juga dikenali sebagai kristal album. Ia mempunyai kulit luar dengan binaan seakan-akan kaca plastik yang dikenali Acrylic. Kulit ini lebih selamat dari gentian kaca yg mudah merekah atau mudah retak. 



Rabu, 21 Mei 2014

Aktiviti 18 Mei 2014 - Disebalik tabir sesi bergambar pra-perkahwinan

18 Mei 2014
Fotokamibest telah mengadakan sesi bergambar diluar (outdoor) bagi foto pra-perkahwinan. Bagi sesi ini ada 2 pasang pengantin yg bakal melangsungkan majlis serentak kelak. 2 orang fotografer ; Yus & Mie yang telah berkerja keras bagi mendapatkan hasil yg menarik. Hasil gambar ini akan diberikan pada pelanggan melalui facebook/ emel dalam masa terdekat nanti.







Aktiviti 18 Mei 2014 - Montaj jemputan Anis & Aisha

18 Mei 2014
Ini pula pasangan kedua bakal pengantin Anis & Aisha. Versi ini berbeza kerana pengantin tidak perlu bercakap dengan mesej tersirat. 

Montaj jemputan Anip - Aisha 31 Mei - 1 Jun
Versi Lomo FHD


Versi Asal


Untuk menghasilkan montaj sebegini, masa yg diperlukan ialah 1 jam, tidak perlu penghafalan skrip tetapi lakonan tetap diperlukan yg semestinya syariah compliant*  

*tak boleh pegang2 tangan 

Untuk membuat tempahan montaj boleh menghubungi kami, apa yg pasti kadar yg dikenakan berpatutan dan cepat disiapkan maksimum 2 hari, insyallah.

Selasa, 20 Mei 2014

Aktiviti 18 Mei 2014 - Montaj jemputan Zarol & Anis

18 Mei 2014
Untuk pertama kali, Fotokamibest telah mengorak langkah menyediakan montaj jemputan atau wedding invitation sebagai medium terkini yang semakin popular selain kad & surat jemputan perkahwinan. Ini sangat sesuai bagi dikongsikan di medium sosial seperti Facebook & Google+.

Montaj jemputan Zarol - Anis 31 Mei - 1 Jun
Versi lomo FHD


Versi asal FHD

Sesi ini hanya memerlukan tempoh masa 1 jam, sedikit penghafalan skrip dan lakonan yg syariah compliant*  

*tak boleh pegang2 tangan 

Untuk membuat tempahan montaj boleh menghubungi kami, apa yg pasti kadar yg dikenakan berpatutan dan cepat disiapkan maksimum 2 hari, insyallah.