Khamis, 19 Jun 2014

Aktiviti Mei 2014 - Contoh Custom Album jenis Acrylic

Contoh Custom Album jenis Acrylic 

Album ini juga dikenali sebagai kristal album. Ia mempunyai kulit luar dengan binaan seakan-akan kaca plastik yang dikenali Acrylic. Kulit ini lebih selamat dari gentian kaca yg mudah merekah atau mudah retak. 



Rabu, 21 Mei 2014

Aktiviti 18 Mei 2014 - Disebalik tabir sesi bergambar pra-perkahwinan

18 Mei 2014
Fotokamibest telah mengadakan sesi bergambar diluar (outdoor) bagi foto pra-perkahwinan. Bagi sesi ini ada 2 pasang pengantin yg bakal melangsungkan majlis serentak kelak. 2 orang fotografer ; Yus & Mie yang telah berkerja keras bagi mendapatkan hasil yg menarik. Hasil gambar ini akan diberikan pada pelanggan melalui facebook/ emel dalam masa terdekat nanti.







Aktiviti 18 Mei 2014 - Montaj jemputan Anis & Aisha

18 Mei 2014
Ini pula pasangan kedua bakal pengantin Anis & Aisha. Versi ini berbeza kerana pengantin tidak perlu bercakap dengan mesej tersirat. 

Montaj jemputan Anip - Aisha 31 Mei - 1 Jun
Versi Lomo FHD


Versi Asal


Untuk menghasilkan montaj sebegini, masa yg diperlukan ialah 1 jam, tidak perlu penghafalan skrip tetapi lakonan tetap diperlukan yg semestinya syariah compliant*  

*tak boleh pegang2 tangan 

Untuk membuat tempahan montaj boleh menghubungi kami, apa yg pasti kadar yg dikenakan berpatutan dan cepat disiapkan maksimum 2 hari, insyallah.

Selasa, 20 Mei 2014

Aktiviti 18 Mei 2014 - Montaj jemputan Zarol & Anis

18 Mei 2014
Untuk pertama kali, Fotokamibest telah mengorak langkah menyediakan montaj jemputan atau wedding invitation sebagai medium terkini yang semakin popular selain kad & surat jemputan perkahwinan. Ini sangat sesuai bagi dikongsikan di medium sosial seperti Facebook & Google+.

Montaj jemputan Zarol - Anis 31 Mei - 1 Jun
Versi lomo FHD


Versi asal FHD

Sesi ini hanya memerlukan tempoh masa 1 jam, sedikit penghafalan skrip dan lakonan yg syariah compliant*  

*tak boleh pegang2 tangan 

Untuk membuat tempahan montaj boleh menghubungi kami, apa yg pasti kadar yg dikenakan berpatutan dan cepat disiapkan maksimum 2 hari, insyallah.

Rabu, 2 April 2014

Sepintas Lalu - Aktiviti Mac 2014

Tempahan Custom Album Khairul - Mahani
Tempahan berikut dari majlis Khairul dan Mahani yg berlangsung pada 2010 yg lalu. Sebelum ini beliau tidak berpeluang untuk membuat tempahan custom album berikutan perbelanjaan perkahwinan yg terhad. Dengan gambar softcopy yg masih disimpan kami telah mengabadikan kenangan dalam bentuk custom album.

Kulit depan dihiasi khat menarik nama pasangan, 
istimewa hanya dari Fotokamibest!

Khamis, 13 Februari 2014

Sepintas lalu - Januari 2014

Majlis persandingan Toha & Nadha . Pakej yg dipilih ialah Pakej A - Sticky Album. Sticky album mengandungi 64 keping gambar bersaiz 4R, Bagi 4 keping bersaiz 8R , dalam pakej ini empat gambar besar ini melalui proses suntingan kosmetik pada bahagian muka pasangan.



Selasa, 24 Disember 2013

Santai - Putrajaya Fashion Festival oleh The Garment

Acara ni dilangsungkan di Putrajaya pada November 2013. Kami kongsikan sesi santai fesyen yg menarik dengan subjek oleh model terkenal "Wak Doyok" dari jenama The Garment. Untuk makluman fesyen anda boleh lawati di Facebook The Gatment Malaysia. Kamera yg digunakan ialah Sony A57 dengan lensa Minolta 100-300mm yg juga digunakan oleh fotografer Yus.

Dia ni la "Wak Doyok"